Syamille Agro Farm & Resort

Syamille Agro Farm & Resort

Tuesday, March 29, 2016

MADU KELULUT SYAMILLE




Propolis (tablet 60 biji): RM50
Propolis (drop 5 ml): RM31


Sabun Propolis : RM21


Bee Pollen (30 g) : RM48


KEPUTUSAN TERKINI ANALISA MAKMAL MADU KELULUT SYAMILLE

Baru-baru ini Syamille Agro Farm telah menghantar sampel ke Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia untuk di analisa di makmal bagi mengetahui profil kandungan di dalam madu kelulut Syamille.

Alhamdulillah, keputusannya amat baik dan terbukti ianya amat berkhasiat untuk manusia dari sudut pemakanan dan kesihatan. Keputusan analisa makmal yang diperolehi ini juga membuktikan bahawa kandungan antioksida dalam madu lebah kelulut adalah amat tinggi berbanding spesis lebah madu biasa.


Ringkasan keputusan analisa makmal dilampirkan di sini








TESTIMONI - PESAKIT JANTUNG YANG MENGAMALKAN MADU KELULUT SYAMILLE
(26/01/2014)

Alhamdulillah…semalam kami menerima SMS di bawah dari salah seorang pengedar kami di Kuala Lumpur, maklumat untuk dikongsi bersama.

“As Salam.....testimoni terbaru dr pesakit jantung yg minum madu kelulot....Dr IJN sahkan dia dah bebas dr masalah.blockage 100%....tq hj nuri dan anak2 tahfiz an nuri....”








TESTIMONI - MADU & PROPOLIS KELULUT SYAMILLE - PESAKIT KANSER LIMFOMA TAHAP 4 SEMBUH
(09/10/2015)


MasyaAllah, Alhamdulillah.



Seorang pesakit kanser limforma tahap 4 telah disahkan sembuh oleh doktor. Muhammad Ali bin Jaafar, berusia 50an dari Negeri Sembilan telah mengamalkan makan madu kelulut Syamille dan propolis kelulut Syamille disamping menjalani rawatan kimo di HUKL. Allahuakbar






MADU & PROPOLIS KELULUT SYAMILLE - PESAKIT KANSER OVARI TAHAP 4 SEMBUH SEPENUHNYA
(28/01/2015)

Alhamdulillah. Setinggi kesyukuran kehadrat Ilahi. Semalam kami mendapat khabaran baik dari seorang pelanggan Syamille iaitu seorang wanita berusia 20an yang mengidap penyakit kanser ovari, kronik tahap 4, dengan izin Allah swt, telah disahkan sembuh sepenuhnya oleh doktor yang merawatnya, hasil dari amalan pemakanan madu kelulut dan propolis Syamille secara teratur selama 4 bulan semenjak bulan September 2014.

Kini, sel kanser ovari tersebut tidak dapat dikesan lagi oleh doktor. Khabaran gembira ini disampaikan sendiri oleh tunangnya En. Hakimi yang kami kenali semasa di booth Syamille di Pameran Halalfest September 2014.

Allahuakbar!!!






MADU KELULUT SYAMILLE - PENAWAR PENYAKIT GOUT
(24/03/2014)


Saya nak berkongsi pengalaman menggunakan Madu Kelulut Original Jenama Syamille dari Kuala Kangsar, Perak. Madu adalah makanan terbaik sejak zaman Rasulullah lagi. Saya ada masalah gout dan pada tahun 2013 boleh dikatakan setiap bulan saya akan kena serangan gout. Tak boleh nak kawal makanan menyebabkan saya kena serangan.

Lebih kurang bulan November 2013, jiran saya yang juga adalah masalah gout sarankan saya untuk mencuba madu kelulut. Katanya abangya yang ada masalah gout dan apabila menggunakan madu kelulut telah tidak lagi kena serangan gout. Saya pun mula membuat sedikit research dan bertemulah dengan Madu Kelulut Syamille.

Sejak saya menggunakan sekilo madu ini, Alhamdulillah saya tidak lagi kena serangan gout mulai bulan Disember 2013 sehinggalah sekarang. Saya yakin bahawa madu ini asli kerana semasa di kampong saya pernah mencari madu kelulut dan merasanya dan saya dapati rasa dan tekstur adalah ori.

Saya juga gunakan madu ini untuk anak-anak saya yang batuk, berkahak dan berhingus dan Alhamdulillah apabila minum mereka sembuh. Ini semua dengan izin Allah juga. Sekarang saya sekeluarga menggunakan madu ini dan menyimpan stok yang banyak kerana madu asli tidak mempunyai tarikh luput. Jika nak tahu lebih mengenai produk ini boleh ke http://kelulutmalaysia.blogspot.com/.




TESTIMONI KM01: KENCING MANIS (DIABETES MELLITUS)
(28/04/2013)



Penyakit

Kencing Manis (Diabetes Mellitus)

Nama/Negeri

Ismail (Perak)

Usia

47 tahun

Selepas seminggu mengambil madu lebah kelulut dua kali sehari, bacaan glukos dalam darah menurun dari 14 mmol/L kepada 7 mmol/L. Badan terasa bertenaga dan segar. Sekarang meneruskan pengambilan setiap hari dan yakin tahap kesihatan akan menjadi lebih baik lagi.




TESTIMONI KJ01: LEMAH JANTUNG & KENCING MANIS 
(30/04/2013)


Penyakit

Lemah Jantung & Kencing Manis

Nama/Negeri

Mudir Madrasah Ashraful Madaris (Kedah)

Usia

46 tahun

Sebelum ini tubuh badan senantiasa dalam keadaan lemah dan tidak bermaya, ditambah dengan keadaan muka dan bibir yang pucat lesi. Selepas beberapa hari mencuba memakan madu kelulut syamille botol 200g, badan terasa sihat dan bertenaga malah raut muka kelihatan ceria dan bibir nampak segar. Keyakinan terhadap keberkesanan dan kerasian khasiat madu kelulut bertambah dan sehingga sekarang meneruskan pengambilan pada setiap hari. Alhamdulillah.



ALHAMDULILLAH MAMPU BERJALAN SEMULA - MANFAAT MADU KELULUT SYAMILLE
(02/02/2014)

Alhamdulillah... manusia merancang dan berusaha, ALLAH SWT yang menentukannya. Mesej di bawah baru kami diterima dari ahli keluarga seorang pengamal madu kelulut Syamille.
"Nuri....5thn atas kerusi....ni bukti setelah amalkan madu kelulot"










PENGEDAR SAH:
ZULKEFELI: 019-2207629

15, Jalan Restu 6, Taman Sri Putri, Fasa 2, Persiaran Hamzah Alang, Meru, 41050, Klang, Selangor (Berhadapan Sekolah Rendah Agama, Pekan Meru)

SYAMILLE AGRO FARM & RESORT
Lot 3749 & 3750, Jalan Lata Perahu, Kampung Chuar Hulu, Mukim Chegar Galah, 33020 Kati, Kuala Kangsar, Perak.
www.kelulutmalaysia.blogspot.com

PENGHANTARAN MADU KELULUT "SYAMILLE"

COD: Meru, Setia Alam, Klang, Kapar, Shah Alam, Puncak Alam, USJ, Subang Jaya, Kelana Jaya

KURIER / PENGHANTARAN:
-Seluruh Semenanjung Malaysia, RM10
Nilai pembelian RM135 dan ke atas
PENGHANTARAN PERCUMA








KURSUS TERNAKAN KELULUT MEI 2016 @ SYAMILLE

Alhamdulillah. Kursus bulan Mei 2016 telah diadakan baru-baru ini di Syamille Agrofarm & Resort, Kuala Kangsar, Perak. Selamat maju jaya kepada semua peserta yang begitu bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti budaya ternakan lebah kelulut.











PERMINTAAN MADU KELULUT - SYAMILLE

Madu Kelulut adalah cecair pekat yang dihasilkan oleh lebah kelulut yang tidak menyengat. Rasanya masam-manis, sedap dimakan begitu sahaja atau pun dicampurkan dengan air. Kepekatannya lebih rendah dari madu lebah biasa kerana kandungan air di dalam madu kelulut adalah lebih tinggi. Warnanya agak berbeza-beza, daripada warna seakan jernih sehingga ke warna merah kegelapan, kerana warnanya dipengaruhi oleh nektar dan polen yang dibawa pulang ke sarang oleh lebah kelulut. Madu kelulut mengandungi pelbagai zat dan khasiat yang diperlukan oleh manusia serta mempunyai kuasa penyembuhan yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan madu lebah biasa. 






Tabiat semula jadi lebah kelulut apabila membina sarang amat unik sekali di mana ia mampu membuat sarang di dalam batang pokok, rongga dahan kayu, sarang anai-anai yang ditinggalkan dalam tanah, dinding bangunan dan tiang rumah.




Lokasi ladang ternakan lebah kelulut Syamille Agro Farm yang terletak di kaki bukit hutan dara yang dipenuhi dengan flora dan fauna asli di Kuala Kangsar adalah sangat strategik. Lebah kelulut mendapatkan sumber makanan asli dari pokok-pokok dan tumbuhan sekitar secara semulajadi, yang kaya dengan alkaloids and flavonoids, serta mampu menghasilkan madu kelulut yang bernilai tinggi dari sudut manfaat kesihatan, perubatan, pemakanan, kecergasan dan kecerdasan. 




Sarang lebah kelulut di Syamille masih mengekalkan koloni asal dalam batang pokok yang terpilih bagi menjamin kematangan, keselesaan dan keselamatan koloni lebah kelulut. Kehidupan sosial di dalam sarang lebah kelulut terbentuk dari koloni induk yang terdiri dari seekor lebah ratu, beribu lebah betina dan beratus lebah jantan, yang mampu berkembang biak sehingga kuantitinya mencapai puluhan ribu ekor di dalam setiap satu sarang koloni. 


Berbeza dari cara madu lebah biasa dihasilkan, lebah kelulut akan memproses nektar yang dibawa pulang ke sarang dan menyimpan madu yang dihasilkan di dalam kantung khas berbentuk bebola bersalut bahan propolis. Apabila tiba waktu tuaian, madu kelulut yang telah tersedia dibawa keluar dari kantung khas tersebut melalui kaedah menebuk dan menyedut menggunakan peralatan khas oleh pekerja Syamille demi menjaga ketulenan dan kebersihannya. Walaupun harga madu kelulut di pasaran agak mahal dan nisbah pengeluaran tahunan madu lebah kelulut adalah lebih rendah dari pengeluaran madu lebah biasa, namun begitu disebabkan khasiat dan manfaat madu kelulut adalah lebih tinggi, ianya menjadi buruan bagi mereka yang mengetahuinya.


 


Harus diingat bahawa selain dari kemampuan lebah kelulut menghasilkan madu yang bernilai tinggi serta harganya mahal di pasaran, lebah kelulut juga adalah agen pendebungaan yang sangat efisyen, yang bertindak sebagai penyumbang utama kepada aktiviti pemeliharaan, kesuburan dan perkembangan eko-sistem semula jadi hutan dan tumbuhan di negara-negara yang beriklim tropika, khususnya di Malaysia.

Tahukah anda bahawa madu kelulut dan propolis kelulut telah dihasilkan secara komersil oleh beberapa negara beriklim tropika sejak puluhan tahun yang lalu?

Tahukah anda bahawa negara-negara dari Amerika Selatan adalah pengeluar dan pengekspot terbesar madu kelulut dan propolis kelulut di dunia?

Alhamdulillah, inilah rezeki untuk orang-orang di Malaysia. Atas usaha dan kesedaran masyarakat pada masa ini, industri ternakan lebah kelulut secara komersil telah pun dimulakan di Malaysia semenjak beberapa tahun yang lalu. Antara faktor yang boleh dibanggakan ialah madu kelulut Malaysia telah dikenal pasti sebagai madu kelulut yang terbaik di dunia.





PROPOLIS & MADU LEBAH KELULUT SYAMILLE - PENAWAR DAN PENYEMBUH PELBAGAI PENYAKIT - INSYA ALLAH



Alhamdulillah wa syukrillah, marilah sama-sama kita mengucapkan setinggi kesyukuran di atas segala nikmat dan rezki yang telah ALLAH SWT limpahkan kepada kita semua.





Hari ini kita tambahkan lagi kefahaman tentang apa itu PROPOLIS Lebah Kelulut. Amat rugi sekiranya kita tidak mengambil peduli tentang sumber ubatan, penyembuh dan penawar asli yang boleh diperolehi dari sarang lebah terutamanya madu dan propolis. Berbanding dengan lebah madu biasa, lebah kelulut mampu menghasilkan jumlah propolis yang jauh lebih banyak malah lebih berkhasiat dan ianya boleh didapati di sekitar sarangnya.





Sejak beberapa tahun yang lalu, setelah para pengkaji saintifik menemui khasiat dan keberkesanan propolis, ianya banyak dimanfaatkan oleh masyarakat untuk mengatasi pelbagai penyakit, sedangkan sebelum ini, propolis pada sarang lebah dibuang begitu sahaja kerana dianggap kotor.





Propolis berasal dari getah, damar atau resin pokok yang dikunyah oleh lebah bersama air liurnya dan menggunakannya untuk menampal sarang sebagai penghalang kepada benda asing dan penceroboh daripada masuk ke dalam sarang.





Lebah menghasilkan propolis untuk mensterilkan sarang. Propolis kaya antioksidan, mencapai 9.647 atau 403 kali lebih banyak berbanding limau. Selain itu propolis mengandungi jumlah fenol 135.68 (320 kali dibanding dengan epal).





Propolis mampu membantu proses penyembuhan pelbagai penyakit termasuk kanser, antara lain kerana kandungan gabungan antioksidan dan imunomodulator. Antioksidan mengatasi radikal bebas (contohnya virus penyakit, bakteria jahat, toksin dan sebagainya), sedangkan imunomodulator meningkatkan sistem kekebalan tubuh di mana ketika kekebalan tubuh meningkat, maka tubuh mampu melawan penyakit.





Propolis mengandungi nutrisi yang sangat lengkap dan kaya kandungan antibakteria, antikulat dan antivirus sehingga dapat digunakan untuk mengatasi diabetes mellitus (kencing manis), strok, hepatitis, kanser, hipertensi, tuberculosis (TB), batu karang dan HIV/AIDS.









ROTI LEBAH (BEE POLLEN / BEE BREAD) @ SYAMILLE AGROFARM





Debunga (Pollen) ialah serbuk halus hingga kasar yang mengandungi mikrogametofit benih tumbuhan, yang menghasilkan gamet jantan yang diperlukan oleh pokok semasa proses pengsenyawaan bagi menghasilkan biji atau buah.

Polen Lebah (Bee Pollen) juga dikenali sebagai Roti Lebah (Bee Bread) yang dihasilkan oleh lebah kelulut dengan mengolah campuran di antara debunga, nektar dan air liur lebah kelulut. Dalam setiap koloni sarang lebah kelulut, roti lebah adalah makanan khusus untuk anak-anak lebah kelulut. Roti lebah ini sangat berkhasiat kerana ia mengandungi pelbagai sumber nutrien semulajadi yang diperlukan oleh manusia.

Ia merupakan sebatian 40% protein yang rasanya masam dan kebiasaannya berwarna kuning keemasan. Hampir separuh dari kandungan protein roti lebah kelulut ini adalah dalam bentuk asid amino yang boleh digunakan terus oleh badan manusia.

Ujian klinikal juga menunjukkan bahawa partikel roti lebah yang dimakan oleh manusia akan terserap dengan mudah dan cepat melalui perut ke dalam salur darah. Dalam tempoh masa 2 jam selepas dimakan, partikel roti lebah ini telah dijumpai di dalam darah, cecair tulang belakang serebrum dan air kencing.
 
Polen lebah atau roti lebah ini mampu meningkatkan kesihatan badan, merangsang fungsi organ dan kelenjar serta meningkatkan kesuburan badan. Ia juga mampu membantu manusia mengekalkan paras tenaga dalam badan secara konsisten.

Roti lebah adalah berkalori rendah serta mengandungi pelbagai nutrien yang penting kepada manusia termasuklah 18 jenis asid amino. Ia juga membekalkan lebih dari 12 jenis vitamin, 28 mineral, 11 enzim, 14 asid lemak dan 11 karbohidrat. Roti lebah juga mengandungi bahan anti-oksida yang tinggi yang dapat meningkatkan imunisasi sel-sel badan manusia melawan radikal bebas dan kuman penyakit. 


Di Malaysia khususnya, walaupun harga di pasaran agak tinggi dan sukar diperolehi namun roti lebah kelulut ini sememangnya diketahui sebagai makanan tambahan berkhasiat yang boleh membantu kanak-kanak yang mengalami masalah tumbesaran badan dan berupaya meningkatkan kesuburan tubuh badan wanita untuk mendapatkan zuriat. Wallahua’lam.