Syamille Agro Farm & Resort

Syamille Agro Farm & Resort

Tuesday, March 29, 2016

MADU KELULUT SYAMILLE




Propolis (tablet 60 biji): RM50
Propolis (drop 5 ml): RM31


Sabun Propolis : RM21


Bee Pollen (30 g) : RM48


KEPUTUSAN TERKINI ANALISA MAKMAL MADU KELULUT SYAMILLE

Baru-baru ini Syamille Agro Farm telah menghantar sampel ke Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia untuk di analisa di makmal bagi mengetahui profil kandungan di dalam madu kelulut Syamille.

Alhamdulillah, keputusannya amat baik dan terbukti ianya amat berkhasiat untuk manusia dari sudut pemakanan dan kesihatan. Keputusan analisa makmal yang diperolehi ini juga membuktikan bahawa kandungan antioksida dalam madu lebah kelulut adalah amat tinggi berbanding spesis lebah madu biasa.


Ringkasan keputusan analisa makmal dilampirkan di sini









KURSUS TERNAKAN KELULUT MEI 2016 @ SYAMILLE

Alhamdulillah. Kursus bulan Mei 2016 telah diadakan baru-baru ini di Syamille Agrofarm & Resort, Kuala Kangsar, Perak. Selamat maju jaya kepada semua peserta yang begitu bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti budaya ternakan lebah kelulut.











PERMINTAAN MADU KELULUT - SYAMILLE

Madu Kelulut adalah cecair pekat yang dihasilkan oleh lebah kelulut yang tidak menyengat. Rasanya masam-manis, sedap dimakan begitu sahaja atau pun dicampurkan dengan air. Kepekatannya lebih rendah dari madu lebah biasa kerana kandungan air di dalam madu kelulut adalah lebih tinggi. Warnanya agak berbeza-beza, daripada warna seakan jernih sehingga ke warna merah kegelapan, kerana warnanya dipengaruhi oleh nektar dan polen yang dibawa pulang ke sarang oleh lebah kelulut. Madu kelulut mengandungi pelbagai zat dan khasiat yang diperlukan oleh manusia serta mempunyai kuasa penyembuhan yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan madu lebah biasa. 






Tabiat semula jadi lebah kelulut apabila membina sarang amat unik sekali di mana ia mampu membuat sarang di dalam batang pokok, rongga dahan kayu, sarang anai-anai yang ditinggalkan dalam tanah, dinding bangunan dan tiang rumah.




Lokasi ladang ternakan lebah kelulut Syamille Agro Farm yang terletak di kaki bukit hutan dara yang dipenuhi dengan flora dan fauna asli di Kuala Kangsar adalah sangat strategik. Lebah kelulut mendapatkan sumber makanan asli dari pokok-pokok dan tumbuhan sekitar secara semulajadi, yang kaya dengan alkaloids and flavonoids, serta mampu menghasilkan madu kelulut yang bernilai tinggi dari sudut manfaat kesihatan, perubatan, pemakanan, kecergasan dan kecerdasan. 




Sarang lebah kelulut di Syamille masih mengekalkan koloni asal dalam batang pokok yang terpilih bagi menjamin kematangan, keselesaan dan keselamatan koloni lebah kelulut. Kehidupan sosial di dalam sarang lebah kelulut terbentuk dari koloni induk yang terdiri dari seekor lebah ratu, beribu lebah betina dan beratus lebah jantan, yang mampu berkembang biak sehingga kuantitinya mencapai puluhan ribu ekor di dalam setiap satu sarang koloni. 


Berbeza dari cara madu lebah biasa dihasilkan, lebah kelulut akan memproses nektar yang dibawa pulang ke sarang dan menyimpan madu yang dihasilkan di dalam kantung khas berbentuk bebola bersalut bahan propolis. Apabila tiba waktu tuaian, madu kelulut yang telah tersedia dibawa keluar dari kantung khas tersebut melalui kaedah menebuk dan menyedut menggunakan peralatan khas oleh pekerja Syamille demi menjaga ketulenan dan kebersihannya. Walaupun harga madu kelulut di pasaran agak mahal dan nisbah pengeluaran tahunan madu lebah kelulut adalah lebih rendah dari pengeluaran madu lebah biasa, namun begitu disebabkan khasiat dan manfaat madu kelulut adalah lebih tinggi, ianya menjadi buruan bagi mereka yang mengetahuinya.


 


Harus diingat bahawa selain dari kemampuan lebah kelulut menghasilkan madu yang bernilai tinggi serta harganya mahal di pasaran, lebah kelulut juga adalah agen pendebungaan yang sangat efisyen, yang bertindak sebagai penyumbang utama kepada aktiviti pemeliharaan, kesuburan dan perkembangan eko-sistem semula jadi hutan dan tumbuhan di negara-negara yang beriklim tropika, khususnya di Malaysia.

Tahukah anda bahawa madu kelulut dan propolis kelulut telah dihasilkan secara komersil oleh beberapa negara beriklim tropika sejak puluhan tahun yang lalu?

Tahukah anda bahawa negara-negara dari Amerika Selatan adalah pengeluar dan pengekspot terbesar madu kelulut dan propolis kelulut di dunia?

Alhamdulillah, inilah rezeki untuk orang-orang di Malaysia. Atas usaha dan kesedaran masyarakat pada masa ini, industri ternakan lebah kelulut secara komersil telah pun dimulakan di Malaysia semenjak beberapa tahun yang lalu. Antara faktor yang boleh dibanggakan ialah madu kelulut Malaysia telah dikenal pasti sebagai madu kelulut yang terbaik di dunia.





PROPOLIS & MADU LEBAH KELULUT SYAMILLE - PENAWAR DAN PENYEMBUH PELBAGAI PENYAKIT - INSYA ALLAH



Alhamdulillah wa syukrillah, marilah sama-sama kita mengucapkan setinggi kesyukuran di atas segala nikmat dan rezki yang telah ALLAH SWT limpahkan kepada kita semua.





Hari ini kita tambahkan lagi kefahaman tentang apa itu PROPOLIS Lebah Kelulut. Amat rugi sekiranya kita tidak mengambil peduli tentang sumber ubatan, penyembuh dan penawar asli yang boleh diperolehi dari sarang lebah terutamanya madu dan propolis. Berbanding dengan lebah madu biasa, lebah kelulut mampu menghasilkan jumlah propolis yang jauh lebih banyak malah lebih berkhasiat dan ianya boleh didapati di sekitar sarangnya.





Sejak beberapa tahun yang lalu, setelah para pengkaji saintifik menemui khasiat dan keberkesanan propolis, ianya banyak dimanfaatkan oleh masyarakat untuk mengatasi pelbagai penyakit, sedangkan sebelum ini, propolis pada sarang lebah dibuang begitu sahaja kerana dianggap kotor.





Propolis berasal dari getah, damar atau resin pokok yang dikunyah oleh lebah bersama air liurnya dan menggunakannya untuk menampal sarang sebagai penghalang kepada benda asing dan penceroboh daripada masuk ke dalam sarang.





Lebah menghasilkan propolis untuk mensterilkan sarang. Propolis kaya antioksidan, mencapai 9.647 atau 403 kali lebih banyak berbanding limau. Selain itu propolis mengandungi jumlah fenol 135.68 (320 kali dibanding dengan epal).





Propolis mampu membantu proses penyembuhan pelbagai penyakit termasuk kanser, antara lain kerana kandungan gabungan antioksidan dan imunomodulator. Antioksidan mengatasi radikal bebas (contohnya virus penyakit, bakteria jahat, toksin dan sebagainya), sedangkan imunomodulator meningkatkan sistem kekebalan tubuh di mana ketika kekebalan tubuh meningkat, maka tubuh mampu melawan penyakit.





Propolis mengandungi nutrisi yang sangat lengkap dan kaya kandungan antibakteria, antikulat dan antivirus sehingga dapat digunakan untuk mengatasi diabetes mellitus (kencing manis), strok, hepatitis, kanser, hipertensi, tuberculosis (TB), batu karang dan HIV/AIDS.









ROTI LEBAH (BEE POLLEN / BEE BREAD) @ SYAMILLE AGROFARM





Debunga (Pollen) ialah serbuk halus hingga kasar yang mengandungi mikrogametofit benih tumbuhan, yang menghasilkan gamet jantan yang diperlukan oleh pokok semasa proses pengsenyawaan bagi menghasilkan biji atau buah.

Polen Lebah (Bee Pollen) juga dikenali sebagai Roti Lebah (Bee Bread) yang dihasilkan oleh lebah kelulut dengan mengolah campuran di antara debunga, nektar dan air liur lebah kelulut. Dalam setiap koloni sarang lebah kelulut, roti lebah adalah makanan khusus untuk anak-anak lebah kelulut. Roti lebah ini sangat berkhasiat kerana ia mengandungi pelbagai sumber nutrien semulajadi yang diperlukan oleh manusia.

Ia merupakan sebatian 40% protein yang rasanya masam dan kebiasaannya berwarna kuning keemasan. Hampir separuh dari kandungan protein roti lebah kelulut ini adalah dalam bentuk asid amino yang boleh digunakan terus oleh badan manusia.

Ujian klinikal juga menunjukkan bahawa partikel roti lebah yang dimakan oleh manusia akan terserap dengan mudah dan cepat melalui perut ke dalam salur darah. Dalam tempoh masa 2 jam selepas dimakan, partikel roti lebah ini telah dijumpai di dalam darah, cecair tulang belakang serebrum dan air kencing.
 
Polen lebah atau roti lebah ini mampu meningkatkan kesihatan badan, merangsang fungsi organ dan kelenjar serta meningkatkan kesuburan badan. Ia juga mampu membantu manusia mengekalkan paras tenaga dalam badan secara konsisten.

Roti lebah adalah berkalori rendah serta mengandungi pelbagai nutrien yang penting kepada manusia termasuklah 18 jenis asid amino. Ia juga membekalkan lebih dari 12 jenis vitamin, 28 mineral, 11 enzim, 14 asid lemak dan 11 karbohidrat. Roti lebah juga mengandungi bahan anti-oksida yang tinggi yang dapat meningkatkan imunisasi sel-sel badan manusia melawan radikal bebas dan kuman penyakit. 


Di Malaysia khususnya, walaupun harga di pasaran agak tinggi dan sukar diperolehi namun roti lebah kelulut ini sememangnya diketahui sebagai makanan tambahan berkhasiat yang boleh membantu kanak-kanak yang mengalami masalah tumbesaran badan dan berupaya meningkatkan kesuburan tubuh badan wanita untuk mendapatkan zuriat. Wallahua’lam.

Wednesday, March 23, 2016




Insya Allah berkesan dan mujarab untuk "MENCEGAH, MERAWAT dan MENYEMBUHKAN" pelbagai jenis penyakit. Antaranya; Kencing Manis, Strok, Hepititis Hati, Kanser, Darah Tinggi, Batu Karang, Asma, Gout, Batuk, Selsema, Sakit Kerongkong dan lain-lain.

Cara pengambilan madu kelulut:-

Sukatan 1 sudu besar. Madu dicampurkan dengan separuh gelas air kosong, dikacau dan diminum, ATAU madu terus diminum tanpa air. 2 kali sehari, setengah jam sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur malam.

SILA GUNAKAN SUDU DAN GELAS PLASTIK, TEMBIKAR ATAU KACA (BUKAN LOGAM). JANGAN SIMPAN MADU DI DALAM PETI SEJUK. 



Propolis (tablet 60 biji): RM50
Propolis (drop 5 ml): RM31

Sabun Propolis : RM21


Bee Pollen (30 g) : RM48


PENGEDAR SAH:
ZULKEFELI: 019-2207629

15, Jalan Restu 6, Taman Sri Putri, Fasa 2, Persiaran Hamzah Alang, Meru, 41050, Klang, Selangor (Berhadapan Sekolah Rendah Agama, Pekan Meru)

SYAMILLE AGRO FARM & RESORT
Lot 3749 & 3750, Jalan Lata Perahu, Kampung Chuar Hulu, Mukim Chegar Galah, 33020 Kati, Kuala Kangsar, Perak.
www.kelulutmalaysia.blogspot.com

PENGHANTARAN MADU KELULUT "SYAMILLE"

COD: Meru, Setia Alam, Klang, Kapar, Shah Alam, Puncak Alam, USJ, Subang Jaya, Kelana Jaya

KURIER / PENGHANTARAN:
-Seluruh Semenanjung Malaysia, RM10
Nilai pembelian RM135 dan ke atas
PENGHANTARAN PERCUMA






TERBARU DARI SYAMILLE: MADU KELULUT KAYU MANIS (CINNAMON)



Alhamdulillah syukur, setelah 2 bulan promosi awal dijalankan, kini produk terbaru dari Syamille Agrofarm iaitu Madu Kelulut Kayu Manis (Cinnamon) ternyata mendapat sambutan yang sangat baik dari para pelanggan. Dari sudut penjagaan dan rawatan kesihatan, umum telah mengetahui tentang kebaikan dan khasiat madu kelulut kayu manis. Sebagai tambah nilai ke atas produk madu kelulut yang sedia ada, madu kelulut kayu manis diolah berasaskan kepada pengetahuan, innovasi, ramuan dan keadah penyediaan yang terbaik, maka tidak hairanlah mengapa para pelanggan memilih produk ini berbanding dengan produk lain yang seumpamanya di pasaran.

Saiz pek: 450g / botol
Harga runcit: RM90.00 / botol.







Antara khasiat dan faedah Madu Kelulut Kayu Manis:

Mengurangkan kolestrol dalam pembuluh darah.
Mengawal kandungan gula dalam darah.
Merawat arthritis/radang sendi.
Merawat gastrik/ulcer perut.
Merawat reflux (gas di dalam perut).
Mengawal berat badan.
Meningkatkan imunisasi badan.
Meningkatkan tenaga dan stamina badan.
Merawat dan mencegah influenza.
Merawat batuk dan sakit tekak.
Mengekalkan awet muda.
Merawat nafas berbau.
Merawat jangkitan pundi kencing.
Merangsang sistem penghadaman.
Merawat jangkitan kulit.
Merawat kanser.
Melegakan saluran pernafasan